6 Resipi Sarapan Menggunakan 3 Bahan
Sarapan adalah makanan yang paling penting bagi kita. Ia memberikan bekalan tenaga untuk menghadapi hidupan harian kita. Tapi siapa lah rajin nak masak sarapan sedap-sedap awal pagi kan lagi-lagi kalau kita baru bangun. Sini ada 6 resipi sarapan menggunakan 3 bahan sahaja yang pantas, mudah dan berkhasiat untuk mulakan hari anda!
Video oleh: Tasty
1. Cloud Bread
Bahan-bahan:
3 biji Telur (kuning dan putih dipisahkan)
⅛ sudu kecil Krim Tartar
3 sudu besar Keju Krim atau Greek Yogurt
Langkah-langkah memasak:
- Panaskan oven kepada suhu 150°C.
- Pisahkan kuning dan putih telur ke dua mangkuk berasingan.
- Campurkan krim tartar ke putih telur lalu kacau hingga berbuih tebal.
- Campurkan keju krim atau yogurt ke kuning telur lalu kacau hingga sebati.
- Gabungkan separuh campuran putih telur ke campuran kuning telur dan kacau hingga sebati. Campurkan yang separuh lagi kemudian kacau lagi.
- Letakkan sekeping kertas roti keatas loyang lalu tuang 6 bahagian campuran tersebut (lebih kurang ½ cawan setiap bahagian).
- Ratakan bulatan bahagian-bahagian tersebut hingga setebal ½ inci.
- Bakar dalam oven selama 30 minit.
- Setelah siap bakar, biarkan untuk menyejuk selama sejam.
- Hidangkan dengan keju cheddar, tomato yang dihiris dan apa-apa yang anda gemari!
2. Penkek Pisang
Bahan-bahan:
2 biji Pisang
4 biji Telur
¼ sudu kecil Serbuk Kayu Manis
Langkah-langkah memasak:
- Dalam mangkuk besar, hancurkan pisang hingga lembik.
- Masukkan telur dan serbuk kayu manis lalu kacau hingga sebati.
- Panaskan mentega atau minyak masak dalam kuali leper dengan api sederhana.
- Tuang sedikit adunan dalam kuali leper dan biarkan selama 1½ minit atau hingga bawahnya sudah masak, lalu terbalikkan untuk siap memasak.
- Ulang hingga adunan sudah habis.
- Biarkan untuk menyejuk selama seminit.
- Hidangkan dengan madu atau sapuan yang anda gemari!
3. Smoothie Oat dan Pisang
Bahan-bahan:
½ cawan Rolled Oat
1 biji Pisang
1 cawan Susu Segar
Langkah-langkah memasak:
- Masukkan rolled oat ke dalam pengisar lalu kisar hingga oat tersebut hancur halus.
- Campurkan pisang dan susu segar lalu kisar hingga sebati.
- Tuang ke dalam gelas lalu nikmati!
4. Smoothie Coklat dan Alpukat
Bahan-bahan:
½ biji Buah Alpukat
1 biji Pisang
1 cawan Susu Segar Coklat
Langkah-langkah memasak:
- Masukkan kesemua alpukat, pisang dan susu segar coklat ke dalam pengisar.
- Kisar hingga sebati.
- Tuang ke dalam gelas lalu nikmati!
5. Muffin Blueberry dan Coklat Tanpa Tepung
Bahan-bahan:
9 biji Pisang
1½ cawan Mentega Kacang
½ cawan Serbuk Koko
1½ cawan Blueberry
Langkah-langkah memasak:
- Panaskan oven kepada suhu 180°C.
- Dalam mangkuk besar, hancurkan kesemua pisang hingga lembik.
- Masukkan mentega kacang lalu campurkan hingga sebati.
- Pisahkan adunan separuh-separuh ke dua mangkuk.
- Dalam separuh adunan pertama, masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati.
- Dalam separuh adunan kedua, masukkan blueberry.
- Masukkan adunan ke dalam loyang muffin.
- Bakar selama 18-20 minit.
- Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
6. Biskut Sarapan 3 Bahan
Bahan-bahan:
1 cawan Oat
2 biji Pisang
Langkah-langkah memasak:
- Panaskan oven kepada suhu 180°C.
- Dalam mangkuk besar, campurkan oat dan pisang, hancurkan pisang lalu kacau kedua-duanya hingga sebati.
- Campurkan bahan ketiga yang anda gemari. Seperti contoh, cip coklat, mentega kacang atau kismis.
- Tuang adunan tersebut ke atas loyang hingga sedikit-sedikit hingga semua adunan habis digunakan.
- Bakar selama 12 minit.
- Biarkan menyejuk sebelum dihidangkan.
Resipi oleh: delaneyratzky dari Buzzfeed
Comments
Post a Comment