Kisah Tukang Masak Yang Dibunuh Di Dalam RMS Queen Mary


RMS Queen Mary adalah kapal laut yang berlayar di Lautan Atlantik Utara dari tahun 1936 hingga tahun 1967. Dibina oleh John Brown & Company di Clydebank, Scotland, RMS Queen Mary dan RMS Queen Elizabeth digunakan sebagai kapal ekpres antara Southampton, Cherbourg dan New York pada awal hayatnya. Kedua-dua kapal ini adalah tindak balas British terhadap kapal laut ekspres oleh Jerman, Itali dan Perancis pada akhir 1920-an dan awal 1930-an.

Pada 27 Mei 1936, RMS Queen Mary memulakan pelayaran sulungnya lalu mendapat anugerah Blue Riband pada bulan Ogos tahun itu. Dengan meletusnya Perang Dunia Kedua, dia ditukar menjadi kapal pengangkutan tentera oleh Kuasa Bersekutu.

Ketika berkhidmat sebagai kapal tentera, terdapat banyak kisah seram yang berlaku di kapal ini. Paling teruk adalah kisah seorang tukang masak yang dibunuh di dalam dapur kapal ini. Akibat kecewa oleh masakannya dan sikapnya yang tidak sopan, kru dapur dan askar-askar dalam kapal tersebut bersepakat untuk memasukkan chef tersebut di dalam oven lalu memanggang beliau hidup-hidup.


Sekarang kapal tersebut berlabuh di Long Beach, California dan dijadikan sebagai tarikan pelancong serta muzium. Namun, pekerja penyelenggaraan dan pelawat dakwa mereka mendengar jeritan-jeritan yang datang dari bahagian dapur kapal tersebut.




Comments

Popular Posts