Minyak Kereta Cepat Habis? Ini Cara-cara Mengendalinya!


"Baru pagi tadi isi minyak, petang ni dah separuh tangki dah!" Perkara ini selalu terjadi kepada kita setiap hari. Makin teruk lagi bila kita tengok harga minyak semakin lama semakin naik. Disini kami akan kongsikan cara-cara menjimat minyak kereta.

1. Periksa Tekanan Angin Tayar


Tekanan angin tayar mempunyai peranan yang besar dalam penggunaan minyak kereta. Anda mampu meningkatkan jarak perjalanan dalam purata 0.6% dan 3% dalam sesetengah kes. Tekanan angin tayar yang kurang boleh mengurangkan jarak perjalanan sebanyak 0.2% setiap 1psi rendah. Tekanan angin tayar yang optimum ada ditulis di dalam pintu pemandu dalam kebanyakan kereta ataupun lebih senang periksa pada buku panduan kereta tersebut. Selain daripada penjimatan minyak, tekanan angin yang optimum juga memastikan tayar tersebut tahan lama serta selamat.

2. Saiz dan Berat Rim Kereta


Sudah tentu ramai yang suka menukar rim kereta mereka yang buruk kepada rim yang berada di pasaran yang nampak garang. Lebih-lebih lagi mencari rim saiz lebih besar dari yang asal pada kereta mereka. Anda patut tahu, perbuatan ini akan mengurangkan jarak perjalanan anda kerana rim yang lebih besar secara am nya lebih berat maka enjin perlu bekerja lebih keras untuk memusingkan rim tersebut. Rim yang berat dan lebih besar dari saiz asal juga akan membuat pecutan kereta anda mengurang atas sebab-sebab yang sama.

3. Berat Kereta


Pasang subwoofer. Pasang speaker. Pasang amplifier. Pasang leather seat. Pasang tilam. Pasang langsir. Pasang meja. Macam-macam yang dipasang dalam kereta sekarang ini. Tapi ramai yang tidak tahu setiap kg yang ditambah dalam kereta akan mengurangkan kecekapan penggunaan minyak. Setiap 45kg ditambah dalam kereta akan mengurangkan jarak perjalanan sebanyak 2%! Dan perkara ini akan berganda jika kereta itu adalah kereta kecil seperti Kancil atau Viva. Kurangkan benda-benda yang tidak penting dalam kereta, maka berat yang perlu dibawa oleh enjin juga berkurang, oleh daripada itu minyak kereta pun boleh jimat.

4. Penyelenggaraan Kereta


Bawa jalan saja tapi tidak periksa minyak hitam, air filter dan segalanya. Lepas itu, baru jalan sekejap habis minyak, salahkan brand kereta. Enjin perlu bernafas, jika anda tidak dapat bernafas lama kah anda dapat berlari. Air filter yang tersumbat dan kotor akan mengurangkan jarak perjalanan sebanyak 14%! Itu kalau memandu 100km jarak anda akan berkurang 14km! Rajin-rajin lah membersihkan atau lebih bagus lagi tukar terus air filter yang sudah rosak. Selain daripada itu, minyak hitam, oil filter dan spark plug juga perlu ditukar mengikut jadual.

5. Pemanduan


Pandu 5km pergi kedai mamak nak beli roti canai pun nak bawa macam Michael Schumacher, memang lah cepat habis minyak. Faktor yang terbesar dalam kecekapan penggunaan minyak adalah PEMANDUAN. Kurangkan pandu laju-laju. Tekan pedal minyak perlahan-lahan, kekalkan kelajuan yang optimum. Gunakan gear tinggi jika anda tidak perlu pecutan yang pantas. Elakkan juga brek dengan kuat secara tiba-tiba. Tabiat ini akan mengurangkan penggunaan minyak dan jua menjadikan diri anda sebagai seorang pemandu yang berhemah serta selamat.



Comments