10 Kereta Terlaju Di Dunia (2018)


10. Apollo Intensa Emozione (335km/j)


Kereta yang kedua oleh Apollo Automobil dari Jerman, menggantikan Gumpert Apollo yang dikeluarkan 12 tahun dahulu. Intensa Emozione bermaksud 'Emosi Tegang' dalam bahasa Itali. Bentuk badannya yang extreme adalah direka bentuk berdasarkan aliran udara dan alam semulajadi, terutama serangga serta haiwan laut. Kereta ini dijual dengan harga RM10,450,000. Hanya 10 buah akan dibina dan semuanya telah dijual.

9. Ferrari 812 Superfast (340km/j)


Dikeluarkan di Geneva Motor Show 2017, 812 Superfast ini menggantikan F12 Berlinetta sebagai kereta grand tourer utama Ferrari. Enjin V12 6.5liter nya mengeluarkan 789 kuasa kuda diiktiraf sebagai enjin aspirasi semulajadi dan bukan hybrid yang paling berkuasa pada tahun 2018. Kereta ini dijual pada harga RM1,600,000.

8. Mclaren 720S (341km/j)


Dilancarkan di Geneva Motor Show 2017, Mclaren 720S adalah pengganti bagi Mclaren 650S dalam Mclaren Super Series. Dibina dengan casis carbon fibre yang lebih ringan dan lebih kuat banding 650S. Lampu depannya yang menerima banyak kritikan mempunyai lubang yang menyalurkan udara masuk ke dua radiator kecil yang terletak di hadapan tayar. Mclaren 720S dijual pada harga RM1,800,000.

7. Lamborghini Aventador LP 740-4 S (350km/j)


Enjin V12 6.5liter nya dikemaskini untuk menghasilkan 730 kuasa kuda dan 690Nm tork, lebih dari Lamborghini Aventador standard, namun prestasi nya lebih kurang sama sahaja. Aventador S mempunyai stereng empat roda, pacuan empat roda tetap, dan sistem suspension yang telah dikemaskini. Dijual pada harga RM1,800,000 sebelum cukai.

6. Noble M600 (362km/j)


Dikeluarkan sejak tahun 2010, kereta ini adalah kereta yang paling tua dalam senarai ini. Enjin yang digunakan dalam kereta ini adalah enjin V8 Volvo B8444S yang dibina oleh Yamaha, dipasang dua turbo Garrett. Gearbox manual, tiada ABS, orang yang kuat semangat sahaja akan berani membawa kereta buatan UK ini ke kelajuan tertingginya. Noble M600 dijual pada harga RM1,700,000.

5. Pagani Huayra BC (383km/j)


Pagani Huayra BC adalah versi Pagani Huayra yang extreme dan lebih fokus pada kegunaan di litar. BC adalah nama mendiang Benny Caiola, kawan rapat dan pelanggan pertama Horacio Pagani. Hampir segala aspek tentang kereta ini telah diubahsuai dari Pagani Huayra yang standard menjadikannya lebih ringan, lebih berkuasa dan lebih pantas. Kesemua 20 unit yang dikeluarkan telah dijual pada harga RM10,000,000.

4. Bugatti Chiron (420km/j)


Pengganti bagi kereta lagenda iaitu Bugatti Veyron, yang telah memegang rekod kelajuan tertinggi pada tahun 2005 dan 2010. Enjin W18 8liter telah diambil dari Veyron lalu dikemaskinikan dan diguna pada Chiron, kini enjin tersebut menghasilkan 1479 kuasa kuda dan 1600Nm tork. Bugatti Chiron dinamakan berdasarkan Louis Chiron, pemandu Formula 1 yang berasal dari Monaco. Kelajuan kereta ini dihadkan pada 420km/j kerana Bugatti percaya tiada tayar yang dapat tahan tekanan pada kelajuan tertinggi yang Chiron ini boleh capai, yang dianggar sekitar 463km/j. Harga bagi Bugatti Chiron ini mencecah RM13,000,000 dan pelanggan perlu deposit sekurang-kurangnya RM1,100,000.

3. Hennessey Venom GT (435.31km/j)


Buatan Hennessey Performance Engineering yang diasaskan di Texas, Amerika Syarikat. Ia adalah kereta yang diubahsuai berdasarkan Lotus Elise/Exige. Menggunakan enjin V8 LSX 7.0liter dwi turbo oleh General Motors, diubahsuai untuk menghasilkan lebih kuasa dan lebih teguh untuk kereta ini. Pada Febuari 14 2014, mereka merakamkan kelajuan tertinggi iaitu 435.31km/j, dan rekod ini kekal hingga November 2017. Pada asalnya kereta ini dijual pada harga sekitar RM3,000,000 namun semakin lama semakin meningkat harganya akibat diminati ramai orang, terutama rakyat Amerika Syarikat yang bangga dengan kebolehan kereta ini mengalahkan Bugatti Veyron.

2. Koenigsegg Agera RS (457.94km/j)


Pembuat kereta dari Sweden ini secara senyap membina kereta yang extreme disebalik perang kelajuan tertinggi kereta antara Bugatti dan jenama-jenama kereta yang lain. Agera bermaksud 'untuk bertindak' dalam bahasa Sweden. Agera RS adalah kemas kini yang terakhir dalam siri produk Koenigsegg Agera yang telah dikeluarkan sejak 2011. Pada November 2017, Koenigsegg merakamkan kelajuan tertinggi 457.94km/j ketika melakukan ujian kereta tersebut, mengalahkan rekod Hennessey Venom GT. Harga Koenigsegg Agera RS ini dipercayai sekita RM8,000,000.

1. Hennessey Venom F5 (484km/j)


Hennessey, tidak ingin kalah, mengumumkan pengganti bagi Venom GT, iaitu Venom F5 pada November 2017. Nama F5 berdasarkan skala puting beliung Fujita, F5 adalah tahap tertinggi dan terlaju. Enjin V8 dwi turbo 7.4liter nya menghasilkan 1600 kuasa kuda dan 1763Nm tork. Hennessey berharap untuk menetapkan penanda aras yang baru dengan kereta ini. Pennzoil dan Shell adalah rakan kongsi Henessey untuk memberi dana bagi percubaan memecahkan rekod kelajuan. Mereka mempunyai matlamat untuk merakamkan kelajuan 484km/j atau 301batu/j dengan kereta ini. Dikeluarkan bermula tahun 2019, kereta ini dianggarkan akan mempunyai harga RM6,500,000.












Comments